Blogger Backgrounds

Sunday, 27 May 2012

GOTONG-ROYONG BILIK PENGAWAS

Pada 26 Mei hingga 6 Jun 2012 Lembaga Pengawas Disiplin SMK Sungai Pusu telah mengadakan aktiviti gotong-royong Bilik Pengawas. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk menceriakan dan menambah baik keadaan bilik pengawas. Aktiviti ini melibatkan beberapa orang pengawas tingkatan 5 dan tingkatan 4, secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan para pengawas.

Pandangan hadapan bilik pengawas semasa gotong-royong.

Para pengawas tingkatan 4 dan 5 mengecat bilik pengawas.

Ketua Pengawas, Muhamad Asyraf mengikis cat untuk dicat baharu

Pengawas tingkatan 4 perempuan mengecat dinding bilik pengawas.

Senior tingkatan 5 tekun mensyelek rak kayu di luar bilik pengawas

Beberapa pengawas senior bekerjasama mensyelek rak kayu.

Senior perempuan mewarna mural yang dilukis pada dinding bilik pengawas.

Pengawas perempuan tingkatan 5 tekun mewarnakan mural. 

gambar atas: Bilik Pengawas tahun 2011
gambar bawah: Bilik pengawas tahun 2012

gambar atas: Papan Kenyataan Exco tahun 2011
gambar bawah: Papan kenyataan Exco tahun 2012


Thursday, 17 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 16 Mei 2012 yang lalu, Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan diiringi oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Lembaga Pengawas Disiplin. Majlis dijalankan dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

para guru berkumpul dan bergambar di dataran kejat sebelum berarak.

para guru berkumpul dan bergambar di dataran kejat sebelum berarak.

para pengawas berada di sebelah karpet merah 
selepas menyambut kehadiran para guru.



Tuesday, 1 May 2012

LAWATAN BADAN PENGAWAS KE PESTA BUKU (PWTC)

Pada 30 April yang lalu, Badan Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seramai 40 orang pengawas dan 4 orang guru pengawas yang terlibat dalam aktiviti ini. Berikut merupakan gambar lawatan bersama dengan pengawas SMK Sungai Pusu. Jam 10 pengawas menaiki bas dan bergerak terus ke PWTC. Pengawas diberi masa sehingga jam 4 petang untuk berada di PWTC.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

2 orang pengawas lelaki sedang mencari buku yang hendak dibeli.

Senior pengawas menghilangkan penat dengan berehat di sekitar pesta buku.

Senior pengawas perempuan mengambil gambar kenangan sebelum pulang ke sekolah.

guru pengiring dan pengawas keluar dari PWTC dan menuju ke bas


Wednesday, 18 April 2012

SESI FOTOGRAFI BADAN PENGAWAS (MAJALAH GLOBAL)

pada 17 April yang lalu, Badan Pengawas Disiplin SMK Sungai Pusu telah menjalankan sesi fotografi untuk dicetak ke dalam Majalah Global sesi 2012.

pengawas menengah atas sedang bersiap sedia untuk diambil gambar.

pengawas menengah rendah bersiap sedia untuk diambil gambar.

kenangan bersama pengawas perempuan tingkatan 5 dan tingkatan 3.

beberapa pengawas perempuan tingkatan 3

beberapa senior perempuan tingkatan 5.

beberapa pengawas lelaki tingkatan 3

beberapa senior lelaki tingkatan 5.

pengawas perempuan tingkatan 5.

beberapa pengawas senior menuju ke dewan.

Tuesday, 27 March 2012

KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS 2012

LAPORAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK SUNGAI PUSU 
DI KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH, HULU SELANGOR.

Hari Pertama (23/3/2012)

Lembaga pengawas SMK Sungai Pusu telah menganjurkan kem kepimpinan bagi para pengawas. Kem ini telah bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor. Seramai 78 orang pengawas serta 51 orang pengawas pelatih dan 10 orang guru pengiring telah menghadiri kem ini. Selama tiga hari dua malam iaitu dari hari Jumaat sehingga hari Ahad, peserta-peserta kem ini telah berkampung di sana bagi mencapai objektif program ini.


            Pengawas-pengawas SMK Sungai Pusu telah berkumpul di kantin sekolah pada jam 2.30 petang. Bas tiba di sekolah pada jam 3 petang. Perjalanan ke kem tersebut mengambil masa selama 1 jam lebih untuk tiba ke destinasi.

Pada hari pertama tiba di Kem Bina Semangat, semua pengawas disambut baik oleh pihak fasilitator yang mengendalikan program ini. Sejurus selepas semua pengawas meletakkan beg di dewan, pengawas dijamu pula dengan kuih-muih berserta air kopi untuk mengalas perut dan kemudian pengawas menunaikan solat Asar secara berjemaah. Kemudian, para pengawas diberi sedikit taklimat tentang kawasan dan keadaan kem ini. Setelah itu, para pengawas diminta untuk membawa beg dan bergerak ke dorm. Para pengawas juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan lagi perjalanan program ini. Selepas itu, para fasilitator mengenalkan diri mereka masing-masing dan kem komanden membahagikan fasilitator-fasilitator kepada setiap kumpulan.


Sejurus selepas itu, pengawas menunaikan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah. Pada jam 9 malam, pengawas dikehendaki membentuk bulatan mengikut kumpulan dan mencipta sebuah nama, logo, motto, visi, misi dan sorakan kumpulan. Kemudian, pengawas dikehendaki bergerak ke dewan makan dan dihidangkan dengan air kopi sebagai hidangan minum malam. Pada jam 11 malam, semua pengawas diarah untuk berkumpul di dataran bagi taklimat aktiviti night walk. Namun, terdapat dua orang peserta yang tidak dapat melibatkan diri untuk aktiviti night walk atas masalah kesihatan. Pengawas dibenarkan pulang ke dorm masing-masing pada jam 2 pagi.


Hari Kedua (24/3/2012)

            Pada hari kedua, semua pengawas bersedia di dalam surau pada jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, pengawas dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut untuk aktiviti senaman yang diketuai oleh ketua jurulatih. Selepas itu, pengawas disediakan nasi lemak dan air teh ‘o’ sebagai sarapan. Selepas bersarapan, pengawas dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Jungle Trekking yang bertujuan melatih pengawas agar berani mengambil risiko di dalam dunia realiti seorang pengawas dan semangat setia kawan antara pengawas. Pada jam 2.00 petang para pengawas  menikmati juadah tengahari dengan begitu berselera sekali akibat kepenatan ketika meredah hutan. Pengawas dibenarkan pulang ke dorm untuk bersiap –siap menunaikan solat Zohor.


Semua pengawas dikehendaki berkumpul semula di dataran dan ketua jurulatih meminta para pengawas yang ingin menjadi wakil untuk menjadi leader bagi aktiviti obstacle. Selepas itu, wakil-wakil untuk menjadi leader diminta mengikut jurulatih (Abang Zack) untuk ke halangan-halangan obstacle. Pengawas yang selebihnya diminta menjalankan aktiviti bersama para fasilitator. Selepas pengawas yang menjadi leader diberi penerangan oleh jurulatih (Abang Zack), semua pengawas diminta bersedia untuk menempuh setiap halangan mengikut giliran. Tepat pada jam 4.30 petang, semua pengawas menikmati minum petang. Aktiviti ini lebih memberi kesan yang positif iaitu dari segi bekerjasama dan berganding bahu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada jam 6 petang pengawas diminta membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat Asar dan solat Maghrib. Sesudah solat Maghrib, semua pengawas diminta untuk ke dewan makan untuk makan malam. Taklimat aktiviti yang seterusnya, telah diberitahu oleh Ketua Kem Komanden  (Abang Jin) sejurus selepas melakukan aktiviti. Kemudian, pengawas diberi taklimat mengenai disiplin dari segi spotcheck, kekemasan diri dan sebagainya. Taklimat disiplin ini disampaikan oleh Encik Nor Asmadi bin Hashim dan Encik Azhari bin Zainal. Jam 10 malam kami dihidangkan minum malam dengan air kopi.


Pada jam 10.30 malam, aktiviti untuk slot pengawas dijalankan oleh para fasilitator. Ketua Kem Komanden memanggil semua ahli jawatankuasa tertinggi badan pengawas untuk ke hadapan. Ahli jawatankuasa tertinggi badan pengawas ini diminta untuk pulang dan para fasilitator memarahi semua ahli jawatankuasa tertinggi pengawas kerana terdapat kesilapan yang dibuat oleh mereka. Kesemua pengawas menyokong mereka dan menghalang fasilitator membawa mereka pulang. Aktiviti ini telah mengajar pengawas erti kasih sayang sekaligus merapatkan ukhuwah antara semua pengawas. Selesai sahaja slot pengawas, pengawas terus pulang ke dorm masing-masing untuk merehatkan diri.

           
Hari Ketiga (25/3/2012)

Pada hari terakhir di sana, pengawas diarahkan bersiap untuk solat Subuh. Seusai solat Subuh, pengawas diarahkan untuk berkumpul bagi sesi senaman dan terus menjalankan aktiviti “Mind Fail”. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menguji kepekaan para pengawas dalam mendengar arahan. Kemudian, semua pengawas menikmati sarapan pagi iaitu mihun goreng.


Selepas itu, penolong ketua pengawas iaitu saudari Nurhani Khaisah binti Mohd Zahrin memberi tunjuk ajar satu permainan yang dinamakan “O Ae Po Ae Tai Tai Ae Ya” yang bertujuan untuk menguji ingatan dan kecekapan pengawas. Selesai sahaja aktiviti itu, pengawas mempersiapkan diri untuk majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas pada tahun ini. Tepat pada pukul 12.30, majlis penutup berjalan dengan penuh gilang-gemilang dan dijayakan oleh Pengetua SMK Sungai Pusu iaitu Encik Sajoli bin Masdor. Kemudian pengawas menikmati juadah tengahari di sini dan menunaikan solat Zohor sebelum pulang ke  SMK Sungai Pusu. Semua pengawas tiba di sekolah pada jam 4 petang dan dibenarkan bersurai.


Sunday, 11 March 2012

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PERDANA BADAN PENGAWAS

Pada 9 Mac yang lalu, Badan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Badan Pengawas di Bawah Unit HEM dan dirasmikan oleh ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak. Majlis ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi setiap badan pengawas. Antaranya,
1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
2) Badan Lembaga Pengawas Disiplin.
3) Badan Lembaga Pengawas Pusat Sumber.
4) Badan Lembaga Pengawas Briged Cyber.
5) Badan Lembaga Pengawas Asrama.
6) Badan Lembaga Ketua Tingkatan.
7) Badan Lembaga Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
8) Badan Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya.


Pengerusi majlis mengumumkan nama dan jawatan untuk naik ke pentas dan mengambil sijil watikah perlantikan tersebut. Selepas penyerahan watikah perlantikan ini dijalankan, semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi badan pengawas akan berikrar dan berjanji akan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Ikrar ini diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Mohamad Ariff bin Othman Kalam.


Majlis berakhir dengan hadiah penghargaan daripada pihak sekolah kepada ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak.


Sunday, 12 February 2012

KURSUS PENINGKATAN JATI DIRI


pada 11 Februari 2012 yang lalu, Lembaga Pengawas telah mengadakan Kursus Peningkatan Jati Diri yang melibatkan semua pengawas dan mantan pengawas. Kursus ini diadakan di Dewan Mutiara Bestari. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri setiap pengawas.

para pengawas dan pengawas pelatih mengikuti
Kursus Peningkatan Jati Diri

Ucapan daripada Mantan Ketua Exco Tindakan Khas (Mohammad Ammirul bin Azahar)
           - Jawatan ini ditubuhkan pada tahun 2007.
           - Merupakan ketua exco tindakan khas yang pertama.
           - Memegang jawatan ini pada tahun 2007/2008
           - Menerangkan cara-cara untuk melakukan spotcheck
                     : Beritahu kepada guru pengawas terlebih dahulu.
                     : Bermesyuarat dengan ME&MT.
                     : Melakukan perancangan dan strategi.

Ucapan daripada Mantan Ketua Exco Disiplin (Aizi Asyran bin Azman)
           - Kepercayaan ialah perkara yang paling penting di dalam sesebuah organisasi.
                      : Barisan ME & MT perlulah mendapat kepercayaan daripada barisan pengawas junior yang lain.
                      - Maka mereka akan mendapat kepercayaan daripada pelajar yang lain.
           - Mengimbas kembali kata-kata Encik Abdul Samat “Bekerja secara sepasukan bukan berpasukan”.
           - Merupakan ketua exco disiplin 2007/2008
           - Pengawas merupakan “role model” kepada pelajar yang lain.
           - Pengawas mestilah menepati masa. Datang ke sekolah awal dan check-in sebelum 7.00 am.
           - Pakaian pengawas mestilah kemas dan segak.
           - Menerangkan caraa-cara untuk menegur kesalahan pelajar
                     : Berhemah
                     : Senyum
                     : Lembut tetapi tegas.
           - Pengawas seharusnya mempunyai akhlak yang baik dan mulia.
           - Tidak mengabaikan akademik “Pelajaran nombor satu, tetapi pengawas bukan nombor dua.”
           - Mengeratkan ukhuwah sesama pengawas dengan mengamalkan 3S iaitu Senyum, salam, sapa. “Ukhuwah Wadah Memperkasa Ummah”.


Ucapan daripada Mantan Ketua Pelajar sesi 07/08 (Hudzaifah bin Azman)
           - Perkataan kepimpinan membawa maksud dipimpin, memimpin dan pemimpin.
           - Seorang pemimpin seharusnya menunjukkan contoh yang baik terhadap rakyatnya.
           - Antara penampilan seorang pengawas ialah
                     : Memakai songkok.
                     : Memakai blazer.
                     : Membawa perlembagaan pengawas setiap kali diadakan perjumpaan.
           - Mendapat keputusan 7A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
           - Menerangkan cara pergaulan antara pengawas dan pelajar
                     : Pengawas perlulah bijak berdiplomasi iaitu bijak berunding.
           - Nasihat beliau “Jadilah seorang pemimpin yang berketerampilan hebat dan semoga berjaya”.

Ucapan daripada Mantan Timbalan Ketua Pelajar II sesi  05/06 (Ahmad Syazwan bin Rusli)
           - Beliau sedang berkhidmat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
                     Kem Terendak, Melaka.
           - Memberikan definisi tanggungjawab, tanggung sesuatu tugas itu dan jawab di akhirat kelak.
           - Pengawas perlulah memiliki ciri-ciri kepimpinan beteladan.
           - Amirul Hafiz (Mantan Ketua Pengawas sesi 05/06)
                     : Merupakan Ketua Pengawas bidang terjun.
                     : Salah seorang pelajar yang terbaik mendapat keputusan 9A1.
                     : Merupakan ikon kepada pelajar lain.
                     : Beliau sedang menyambung pelajarannya di peringkat Master.
           - Pengawas perlulah aktif dalam bidang sukan.
           - Bila dan di mana untuk melanggar peraturan?
                     : Bukan di depan orang lain.
                     : Lead the way.
           - Seorang pengawas yang hebat ialah seorang pengawas yang mampu berucap di hadapan orang ramai dan boleh membimbing rakan mereka dengan cara yang betul.
           - Pengawas senior perlulah berketerampilan menarik di hadapan pengawas junior yang lain.
           - ‘How to be a good leader not to be a good manager’.
           - Pengawas seharusnya memakai baju melayu pada hari Jumaat.
           - Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya seseorang itu tidak mampu.
           - Beliau menyampaikan salam KP dan TKP 1 sesi 05/06.
           - Nasihat beliau “Jalankan tanggungjawab, jangan lupakan ibu bapa dan Berbahagialah”.


Ucapan daripada Mantan Ketua Pelajar sesi 04/05 (Muhammad Zulqarnain
           - Membuat permintaan kepada barisan pengawas untuk menyanyikan lagu SMK Sungai Pusu.
           - Menyatakan tujuan mereka hadir pada hari ini adalah untuk membantu kita menjadi ‘somebody’.
           - Mengarahkan kepada sesiapa yang tidak berhasrat mahupun tidak mampu untuk menjadi seorang pengawas, maka mereka boleh keluar dari dewan sekarang.
           - Seorang pengawas memang akan menjadi ‘public figure’ dan ‘public communication’.
           - Mengulas mengenai pengawas yang menyanyikan lagu SMK Sungai Pusu sebentar tadi tidak bersemangat.
           - Menyatakan bahawa pengawas tidak menepati masa kerana kehadiran pengawas untuk program ini agak lewat.
           - Pengawas yang hebat ialah pengawas yang terbaik di dalam semua bidang, baik dari segi akademik, sukan mahupun kepimpinan.
           - Seorang pengawas yang berkaliber ialah seorang yang bijak berkomunikasi, menjaga imej dan memelihara hubungan sesama manusia.
           - Tegurlah kesalahan seseorang pelajar itu dengan cara yang berhemah, dekati mereka dan ambil tahu masalah yang mereka hadapi.
           - Nasihat beliau “Fikir-fikirkan dan selamat beramal”.

*Laporan disediakan oleh Setiausaha Lembaga Pengawas Disiplin SMK Sungai Pusu 2012