Blogger Backgrounds

Sunday 11 March 2012

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PERDANA BADAN PENGAWAS

Pada 9 Mac yang lalu, Badan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Badan Pengawas di Bawah Unit HEM dan dirasmikan oleh ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak. Majlis ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi setiap badan pengawas. Antaranya,
1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
2) Badan Lembaga Pengawas Disiplin.
3) Badan Lembaga Pengawas Pusat Sumber.
4) Badan Lembaga Pengawas Briged Cyber.
5) Badan Lembaga Pengawas Asrama.
6) Badan Lembaga Ketua Tingkatan.
7) Badan Lembaga Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
8) Badan Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya.


Pengerusi majlis mengumumkan nama dan jawatan untuk naik ke pentas dan mengambil sijil watikah perlantikan tersebut. Selepas penyerahan watikah perlantikan ini dijalankan, semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi badan pengawas akan berikrar dan berjanji akan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Ikrar ini diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Mohamad Ariff bin Othman Kalam.


Majlis berakhir dengan hadiah penghargaan daripada pihak sekolah kepada ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak.