Blogger Backgrounds

Tuesday 28 August 2012

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LEMBAGA PENGAWAS SMK SUNGAI PUSU SESI 12/13

Pada tarikh 27 Ogos 2012 (Isnin) yang lalu, Majlis Penyerahan Watikah Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu bagi sesi 2012/2013 telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi di Dewan Mutiara Bestari. Majlis dimulakan dengan penyerahan blazer daripada Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 2011/2012 kepada Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 2012/2013. Seterusnya memperkenalkan wakil Majlis Perwakilan Pelajar daripada badan pengawas disiplin.

Mantan Ketua Pengawas, saudara Asyraf menyerahkan 
blazer kepada Ketua Pengawas sesi 12/13, saudara Zhafran.

 Di bahagian kanan dewan merupakan Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 12/13 dan di bahagian kiri merupakan Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 11/12 setelah selesai Majlis Penyerahan Blazer.

Selesai Majlis Penyerahan Blazer kepada Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13, majlis diteruskan dengan penyerahan watikah yang disampaikan oleh Pengetua, En. Sajoli bin Masdor dan diiringi oleh Penolong Kanan HEM, En. Abdul Samat bin Ismail.

Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13 bersedia di hadapan pentas sehingga diumumkan nama mereka untuk naik ke pentas bagi tujuan menerima sijil watikah.

Ketua Pengawas sesi 12/13 menerima sijil watikah yang disampaikan oleh Pengetua SMK Sungai Pusu,
En. Sajoli bin Masdor.

Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 12/13 seterusnya bersedia untuk bacaan ikrar pengawas di atas pentas.

Bacaan ikrar pengawas ini diketuai oleh Ketua Pengawas, 
saudara Ahmad Zhafran bin Md Azmi.

Selesai majlis bacaan ikrar pengawas bagi sesi 12/13, majlis mempersilakan Barisan Majlis EKsekutif dan Majlis Tertinggi 12/13 untuk turun dan seterusnya menjemput saudara Ahmad Zhafran bin Md Azmi bagi memberi ucapan sulung beliau.

Ucapan sulung Ketua Pengawas itu mengakhiri Majlis Penyerahan Watikah Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas.

Berikut merupakan nama-nama Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13:
Majlis Eksekutif Lembaga Pengawas
  - Ketua Pengawas : Ahmad Zhafran bin Md Azmi
  - Penolong Ketua Pengawas : Najlaa binti Aminuddin
  - Setiausaha Kehormat : Tahani binti Abd Wahab
  - Naib Setiausaha Kehormat : Atiqah Najiyah binti Mohd Yusri
  - Bendahari Kehormat : Nur Syuhada Ariffah binti Mohd Asri
  - Naib Bendahari Kehormat : Raudhah binti Yuszahari

Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas
  - Exco Disiplin : Haziq bin Hamdani
  - Exco Tugas Khas : Wan Muhammad Afiq bin Wan Mokhtar
  - Exco Tindakan Khas : Khairun Nublan bin Kamal Baharin
  - Exco Pengurusan Penalti : Nadia binti Zulkiffili
  - Exco Keraian : Muhammad Affiq bin Azmi
  - Exco Kebajikan & Keceriaan : Saiyidah Aisyah bt Mohd Adibi