Blogger Backgrounds

Tuesday 28 August 2012

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LEMBAGA PENGAWAS SMK SUNGAI PUSU SESI 12/13

Pada tarikh 27 Ogos 2012 (Isnin) yang lalu, Majlis Penyerahan Watikah Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu bagi sesi 2012/2013 telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi di Dewan Mutiara Bestari. Majlis dimulakan dengan penyerahan blazer daripada Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 2011/2012 kepada Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 2012/2013. Seterusnya memperkenalkan wakil Majlis Perwakilan Pelajar daripada badan pengawas disiplin.

Mantan Ketua Pengawas, saudara Asyraf menyerahkan 
blazer kepada Ketua Pengawas sesi 12/13, saudara Zhafran.

 Di bahagian kanan dewan merupakan Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 12/13 dan di bahagian kiri merupakan Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 11/12 setelah selesai Majlis Penyerahan Blazer.

Selesai Majlis Penyerahan Blazer kepada Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13, majlis diteruskan dengan penyerahan watikah yang disampaikan oleh Pengetua, En. Sajoli bin Masdor dan diiringi oleh Penolong Kanan HEM, En. Abdul Samat bin Ismail.

Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13 bersedia di hadapan pentas sehingga diumumkan nama mereka untuk naik ke pentas bagi tujuan menerima sijil watikah.

Ketua Pengawas sesi 12/13 menerima sijil watikah yang disampaikan oleh Pengetua SMK Sungai Pusu,
En. Sajoli bin Masdor.

Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi sesi 12/13 seterusnya bersedia untuk bacaan ikrar pengawas di atas pentas.

Bacaan ikrar pengawas ini diketuai oleh Ketua Pengawas, 
saudara Ahmad Zhafran bin Md Azmi.

Selesai majlis bacaan ikrar pengawas bagi sesi 12/13, majlis mempersilakan Barisan Majlis EKsekutif dan Majlis Tertinggi 12/13 untuk turun dan seterusnya menjemput saudara Ahmad Zhafran bin Md Azmi bagi memberi ucapan sulung beliau.

Ucapan sulung Ketua Pengawas itu mengakhiri Majlis Penyerahan Watikah Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas.

Berikut merupakan nama-nama Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sesi 12/13:
Majlis Eksekutif Lembaga Pengawas
  - Ketua Pengawas : Ahmad Zhafran bin Md Azmi
  - Penolong Ketua Pengawas : Najlaa binti Aminuddin
  - Setiausaha Kehormat : Tahani binti Abd Wahab
  - Naib Setiausaha Kehormat : Atiqah Najiyah binti Mohd Yusri
  - Bendahari Kehormat : Nur Syuhada Ariffah binti Mohd Asri
  - Naib Bendahari Kehormat : Raudhah binti Yuszahari

Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas
  - Exco Disiplin : Haziq bin Hamdani
  - Exco Tugas Khas : Wan Muhammad Afiq bin Wan Mokhtar
  - Exco Tindakan Khas : Khairun Nublan bin Kamal Baharin
  - Exco Pengurusan Penalti : Nadia binti Zulkiffili
  - Exco Keraian : Muhammad Affiq bin Azmi
  - Exco Kebajikan & Keceriaan : Saiyidah Aisyah bt Mohd Adibi


Thursday 28 June 2012

JAMUAN HARI SETIAUSAHA LEMBAGA PENGAWAS 2012

Jamuan Hari Setiausaha Lembaga Pengawas SMKSP buat julung kalinya telah diadakan pada 27/6/2012. Sambutan ini diadakan sempena  meraikan para setiausaha dan sebagai tanda penghargaan di atas segala usaha yang telah disumbangkan bagi melicinkan perjalanan exco dan kumpulan masing-masing. Sambutan serba ringkas ini,telah diadakan di Dewan Blok A dan disertai oleh barisan ME/MT, ketua kumpulan serta setiausaha dari setiap exco dan kumpulan.

Serba sedikit hidangan yang disediakan pada Jamuan Hari Setiausaha.

Sebahagian pengawas yang hadir pada jamuan ini.

Para pengawas menikmati hidangan yang disediakan.

Antara setiausaha exco yang hadir.

Sebahagian pengawas yang hadir ;Ketua Exco, Ketua kumpulan dan Wakil MPP.

Beramah mesra sambil menikmati hidangan yang disediakan.


Sunday 27 May 2012

GOTONG-ROYONG BILIK PENGAWAS

Pada 26 Mei hingga 6 Jun 2012 Lembaga Pengawas Disiplin SMK Sungai Pusu telah mengadakan aktiviti gotong-royong Bilik Pengawas. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk menceriakan dan menambah baik keadaan bilik pengawas. Aktiviti ini melibatkan beberapa orang pengawas tingkatan 5 dan tingkatan 4, secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan para pengawas.

Pandangan hadapan bilik pengawas semasa gotong-royong.

Para pengawas tingkatan 4 dan 5 mengecat bilik pengawas.

Ketua Pengawas, Muhamad Asyraf mengikis cat untuk dicat baharu

Pengawas tingkatan 4 perempuan mengecat dinding bilik pengawas.

Senior tingkatan 5 tekun mensyelek rak kayu di luar bilik pengawas

Beberapa pengawas senior bekerjasama mensyelek rak kayu.

Senior perempuan mewarna mural yang dilukis pada dinding bilik pengawas.

Pengawas perempuan tingkatan 5 tekun mewarnakan mural. 

gambar atas: Bilik Pengawas tahun 2011
gambar bawah: Bilik pengawas tahun 2012

gambar atas: Papan Kenyataan Exco tahun 2011
gambar bawah: Papan kenyataan Exco tahun 2012


Thursday 17 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 16 Mei 2012 yang lalu, Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan diiringi oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Lembaga Pengawas Disiplin. Majlis dijalankan dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

para guru berkumpul dan bergambar di dataran kejat sebelum berarak.

para guru berkumpul dan bergambar di dataran kejat sebelum berarak.

para pengawas berada di sebelah karpet merah 
selepas menyambut kehadiran para guru.



Tuesday 1 May 2012

LAWATAN BADAN PENGAWAS KE PESTA BUKU (PWTC)

Pada 30 April yang lalu, Badan Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seramai 40 orang pengawas dan 4 orang guru pengawas yang terlibat dalam aktiviti ini. Berikut merupakan gambar lawatan bersama dengan pengawas SMK Sungai Pusu. Jam 10 pengawas menaiki bas dan bergerak terus ke PWTC. Pengawas diberi masa sehingga jam 4 petang untuk berada di PWTC.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

2 orang pengawas lelaki sedang mencari buku yang hendak dibeli.

Senior pengawas menghilangkan penat dengan berehat di sekitar pesta buku.

Senior pengawas perempuan mengambil gambar kenangan sebelum pulang ke sekolah.

guru pengiring dan pengawas keluar dari PWTC dan menuju ke bas


Wednesday 18 April 2012

SESI FOTOGRAFI BADAN PENGAWAS (MAJALAH GLOBAL)

pada 17 April yang lalu, Badan Pengawas Disiplin SMK Sungai Pusu telah menjalankan sesi fotografi untuk dicetak ke dalam Majalah Global sesi 2012.

pengawas menengah atas sedang bersiap sedia untuk diambil gambar.

pengawas menengah rendah bersiap sedia untuk diambil gambar.

kenangan bersama pengawas perempuan tingkatan 5 dan tingkatan 3.

beberapa pengawas perempuan tingkatan 3

beberapa senior perempuan tingkatan 5.

beberapa pengawas lelaki tingkatan 3

beberapa senior lelaki tingkatan 5.

pengawas perempuan tingkatan 5.

beberapa pengawas senior menuju ke dewan.

Tuesday 27 March 2012

KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS 2012

LAPORAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK SUNGAI PUSU 
DI KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH, HULU SELANGOR.

Hari Pertama (23/3/2012)

Lembaga pengawas SMK Sungai Pusu telah menganjurkan kem kepimpinan bagi para pengawas. Kem ini telah bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor. Seramai 78 orang pengawas serta 51 orang pengawas pelatih dan 10 orang guru pengiring telah menghadiri kem ini. Selama tiga hari dua malam iaitu dari hari Jumaat sehingga hari Ahad, peserta-peserta kem ini telah berkampung di sana bagi mencapai objektif program ini.


            Pengawas-pengawas SMK Sungai Pusu telah berkumpul di kantin sekolah pada jam 2.30 petang. Bas tiba di sekolah pada jam 3 petang. Perjalanan ke kem tersebut mengambil masa selama 1 jam lebih untuk tiba ke destinasi.

Pada hari pertama tiba di Kem Bina Semangat, semua pengawas disambut baik oleh pihak fasilitator yang mengendalikan program ini. Sejurus selepas semua pengawas meletakkan beg di dewan, pengawas dijamu pula dengan kuih-muih berserta air kopi untuk mengalas perut dan kemudian pengawas menunaikan solat Asar secara berjemaah. Kemudian, para pengawas diberi sedikit taklimat tentang kawasan dan keadaan kem ini. Setelah itu, para pengawas diminta untuk membawa beg dan bergerak ke dorm. Para pengawas juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan lagi perjalanan program ini. Selepas itu, para fasilitator mengenalkan diri mereka masing-masing dan kem komanden membahagikan fasilitator-fasilitator kepada setiap kumpulan.


Sejurus selepas itu, pengawas menunaikan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah. Pada jam 9 malam, pengawas dikehendaki membentuk bulatan mengikut kumpulan dan mencipta sebuah nama, logo, motto, visi, misi dan sorakan kumpulan. Kemudian, pengawas dikehendaki bergerak ke dewan makan dan dihidangkan dengan air kopi sebagai hidangan minum malam. Pada jam 11 malam, semua pengawas diarah untuk berkumpul di dataran bagi taklimat aktiviti night walk. Namun, terdapat dua orang peserta yang tidak dapat melibatkan diri untuk aktiviti night walk atas masalah kesihatan. Pengawas dibenarkan pulang ke dorm masing-masing pada jam 2 pagi.


Hari Kedua (24/3/2012)

            Pada hari kedua, semua pengawas bersedia di dalam surau pada jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, pengawas dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut untuk aktiviti senaman yang diketuai oleh ketua jurulatih. Selepas itu, pengawas disediakan nasi lemak dan air teh ‘o’ sebagai sarapan. Selepas bersarapan, pengawas dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Jungle Trekking yang bertujuan melatih pengawas agar berani mengambil risiko di dalam dunia realiti seorang pengawas dan semangat setia kawan antara pengawas. Pada jam 2.00 petang para pengawas  menikmati juadah tengahari dengan begitu berselera sekali akibat kepenatan ketika meredah hutan. Pengawas dibenarkan pulang ke dorm untuk bersiap –siap menunaikan solat Zohor.


Semua pengawas dikehendaki berkumpul semula di dataran dan ketua jurulatih meminta para pengawas yang ingin menjadi wakil untuk menjadi leader bagi aktiviti obstacle. Selepas itu, wakil-wakil untuk menjadi leader diminta mengikut jurulatih (Abang Zack) untuk ke halangan-halangan obstacle. Pengawas yang selebihnya diminta menjalankan aktiviti bersama para fasilitator. Selepas pengawas yang menjadi leader diberi penerangan oleh jurulatih (Abang Zack), semua pengawas diminta bersedia untuk menempuh setiap halangan mengikut giliran. Tepat pada jam 4.30 petang, semua pengawas menikmati minum petang. Aktiviti ini lebih memberi kesan yang positif iaitu dari segi bekerjasama dan berganding bahu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada jam 6 petang pengawas diminta membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat Asar dan solat Maghrib. Sesudah solat Maghrib, semua pengawas diminta untuk ke dewan makan untuk makan malam. Taklimat aktiviti yang seterusnya, telah diberitahu oleh Ketua Kem Komanden  (Abang Jin) sejurus selepas melakukan aktiviti. Kemudian, pengawas diberi taklimat mengenai disiplin dari segi spotcheck, kekemasan diri dan sebagainya. Taklimat disiplin ini disampaikan oleh Encik Nor Asmadi bin Hashim dan Encik Azhari bin Zainal. Jam 10 malam kami dihidangkan minum malam dengan air kopi.


Pada jam 10.30 malam, aktiviti untuk slot pengawas dijalankan oleh para fasilitator. Ketua Kem Komanden memanggil semua ahli jawatankuasa tertinggi badan pengawas untuk ke hadapan. Ahli jawatankuasa tertinggi badan pengawas ini diminta untuk pulang dan para fasilitator memarahi semua ahli jawatankuasa tertinggi pengawas kerana terdapat kesilapan yang dibuat oleh mereka. Kesemua pengawas menyokong mereka dan menghalang fasilitator membawa mereka pulang. Aktiviti ini telah mengajar pengawas erti kasih sayang sekaligus merapatkan ukhuwah antara semua pengawas. Selesai sahaja slot pengawas, pengawas terus pulang ke dorm masing-masing untuk merehatkan diri.

           
Hari Ketiga (25/3/2012)

Pada hari terakhir di sana, pengawas diarahkan bersiap untuk solat Subuh. Seusai solat Subuh, pengawas diarahkan untuk berkumpul bagi sesi senaman dan terus menjalankan aktiviti “Mind Fail”. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menguji kepekaan para pengawas dalam mendengar arahan. Kemudian, semua pengawas menikmati sarapan pagi iaitu mihun goreng.


Selepas itu, penolong ketua pengawas iaitu saudari Nurhani Khaisah binti Mohd Zahrin memberi tunjuk ajar satu permainan yang dinamakan “O Ae Po Ae Tai Tai Ae Ya” yang bertujuan untuk menguji ingatan dan kecekapan pengawas. Selesai sahaja aktiviti itu, pengawas mempersiapkan diri untuk majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas pada tahun ini. Tepat pada pukul 12.30, majlis penutup berjalan dengan penuh gilang-gemilang dan dijayakan oleh Pengetua SMK Sungai Pusu iaitu Encik Sajoli bin Masdor. Kemudian pengawas menikmati juadah tengahari di sini dan menunaikan solat Zohor sebelum pulang ke  SMK Sungai Pusu. Semua pengawas tiba di sekolah pada jam 4 petang dan dibenarkan bersurai.