Blogger Backgrounds

Friday 3 February 2012

MESYUARAT AGONG LEMBAGA PENGAWAS 2012


Mesyuarat Agong telah diadakan oleh Badan Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu. Berikut merupakan Laporan Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas.

Tarikh: 2 Februari 2012
Masa: 3.45-5.40 petang
Tempat: Dewan Blok A

AGENDA 1: KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi majlis memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.,

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1. Tiada

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1. Beberapa orang pengawas tingkatan 4 membuat aduan bahawa ‘blazer’ mereka hilang.
Tindakan: Exco Kebajikan dan Keceriaan

AGENDA 4: ISU-ISU SEMASA

4.1 Pengerusi majlis menjemput Puan Fauziah untuk menyampaikan ucapan:
       4.1.1. Puan Fauziah memperkenalkan barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas.
      4.1.2. Puan Fauziah mewajibkan kehadiran pengawas ke kem kepimpinan Pengawas pada 23 hingga 25 Mac 2012.
      4.1.3. Bayaran bagi seorang pengawas RM 100.
      4.1.4. Terdapat aduan mengatakan bahawa pengawas makan bersama dengan pelajar pada waktu rehat.
      4.1.5. Pengawas juga tidak menegur pelajar yang duduk di dalam kelas pada waktu pagi.
Tindakan: Semua Pengawas

4.2 Exco Kebajikan dan Keceriaan (Intan Syafiqah binti Azhar)
4.2.1. Ketua Exco Kebajikan dan Keceriaan menegaskan bahawa bilik stor di bilik pengawas, tiada sesiapa yang boleh masuk kecuali barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas.
      4.2.2. Bagi pengawas yang ingin meminjam ‘blazer’, mereka akan dikenakan denda RM2 dan akan dipulangkan RM1 pada  tamat waktu sekolah bagi sehari. Manakala bagi pengawas yang ingin meminjam ‘blazer’ pada jangka masa sebulan, mereka dikehendaki membayar RM7 dan akan dikembalikan RM5 pada akhir bulan.
      4.2.3. Tiada sesiapa yang dibenarkan untuk melepak di dalam bilik pengawas pada waktu rehat.
      4.2.4. Pintu akan dikunci pada waktu petang.
Tindakan: Semua Pengawas

4.3 Exco Keraian (Muhammad Haikal bin Abdul Mutalib)
      4.3.1. Ahli Jawatankuasa Exco Keraian yang akan sediakan jadual pengerusi majlis (emcee).
      4.3.2. Pengawas yang ingin meminjam peralatan atau barang Exco Keraian mestilah memberitahu AJK Exco Keraian terlebih dahulu.
      4.3.3. Pengawas tidak dibenarkan melepak di belakang dewan.
Tindakan: Semua Pengawas

4.4 Exco Pengurusan Penalti (Ahmad Na’im bin Abdul Rahman)
      4.4.1. Borang demerit mestilah dipenuhkan dan pastikan tiada ruangan kosong kecuali ruangan ‘mata demerit’.
      4.4.2. Borang demerit hendaklah ditandatangani di hadapan AJK Exco Penalti.
      4.4.3. Setiap pengawas mestilah menghantar sekurang-kurangnya 3 helai borang demerit pada setiap hari.
      4.4.4. Borang demerit yang terdapat satu ruangan kosong akan dikenakan RM1 pada pengawas yang menandatangani borang tersebut.
Tindakan: Semua Pengawas

4.5 Exco Tugas Khas (Ahmad Shauqy bin Ahmad Zahrullail)
      4.5.1. Exco Tugas Khas akan menyediakan jadual untuk menaikkan dan menurunkan bendera
      4.5.2. Loceng di pejabat akan dibunyikan oleh AJK Tugas Khas pada waktu pagi 3 minit awal sebelum jam 7.15 pagi.
      4.5.3. Kerusi di dewan hendaklah di susun sebelum jam 7.10 minit
      4.5.4. Surah Yassin akan diedarkan sejurus selepas bacaan doa.
      4.5.5. Pastikan dewan kemas dan bersih sebelum mula perhimpunan.
Tindakan :Semua Pengawas

4.6 Exco Tindakan Khas (Muhammad Amir Ashraf bin Abdul Manan)
      4.6.1. Jika ada pelajar yang membawa barang terlarang, beritahu Exco Tindakan Khas.
      4.6.2. Jika perhimpunan di dewan, AJK Exco Tindakan Khas sahaja yang perlu jaga pelajar lewat
      4.6.3. Exco Tindakan Khas akan menyediakan jadual ‘spotcheck’ pada hari Isnin dan Jumaat.
      Tindakan: Semua Pengawas

4.7 Exco Disiplin (Mohamad Kamil bin Zahar)
      4.7.1. Pengawas mestilah menjaga ‘blazer’ seperti nyawa kita.
      4.7.2. Hari pemakaian ‘blazer’ pada waktu pagi adalah wajib manakala pada waktu rehat, hanya perlu memakai ‘blazer’ pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat
      4.7.3. Pengawas yang tinggal ‘blazer’ di sekolah, akan dirampas.
      4.7.4. Pengawas tidak dibenarkan datang lewat ke sekolah.
      4.7.5. Pengawas lelaki yang memakai baju t-shirt, wajib ‘tuck-in’
      4.7.6. Pengawas mesti memakai stoking berwarna hitam, kasut hitam dan tidak dibenarkan lipat lengan baju.
      4.7.7. Pengawas yang tidak bertugas atau lambat bertugas akan berjumpa dengan Exco Disiplin.
      4.7.8. Pengawas digalakkan saling tegur-menegur dan saling menghormati.
Tindakan: Semua Pengawas

4.8 Bendahari Kehormat (Nusrah binti Mior Nasir)
      4.8.1. Pengawas mesti membayar dengan segera.
      4.8.2. Yuran tahunan hanya RM20 dan yuran kem RM100
      4.8.3. Sesiapa pengawas yang lewat bayar akan dikenakan denda.
Tindakan: Semua Pengawas

4.9 Penolong Ketua Pengawas (Nurhani Khaisah binti Mohd Zahrin)
      4.9.1. Pengawas wajib bawa buku nota pada setiap kali perjumpaan.
      4.9.2. Ramai pengawas tidak jaga kelas mengikut jadual kelas jagaan yang sudah ditampal dan ramai yang tidak bertugas.
      4.9.3. Pengawas tidak halau pelajar yang duduk di dalam kelas pada waktu pagi sebelum bunyi loceng.
      4.9.4. Setiap exco wajib memenuhkan papan kenyataan mengikut exco masing-masing dan mesti disiapkan dalam masa sebulan sahaja.
      4.9.5. Pada waktu rehat, AJK Penalti tidak perlu bertugas.
      4.9.6. Terdapat beberapa pengawas yang tidak check-in
      4.9.7. Pada hari Sambutan Maulidur Rasul, pengawas mesti tunggu di sekolah sehingga jam 4 petang kerana terdapat kursus bersama mantan-mantan pengawas.
Tindakan: Semua Exco dan Pengawas

4.10 Ketua Pengawas (Muhammad Asyraf bin Azhar)
        4.10.1. Pada setiap bulan akan diadakan satu perjumpaan pada setiap hari Khamis, minggu terakhir.
        4.10.2. Pengawas mesti kenal dengan ketua kumpulan dan penolong ketua kumpulan.
        4.10.3. Kad check-in akan diambil oleh Exco Disiplin dan Ketua Kumpulan tepat pada jam 7.10 pagi.
        4.10.4. Pengawas akan rehat selepas rehat pelajar.
        4.10.5. Pemakaian songkok wajib dan mesti menjaga penampilan
       Tindakan: Semua Pengawas

4.11 Guru Pengawas (En. Azhar bin Kamarudin)
        4.11.1. Pengawas mesti berani dan bertanggungjawab
        4.11.2. Mestilah jaga sikap pengawas dan personaliti
        4.11.3. Pelajar mesti senyap ketika perhimpunan, jika pelajar tidak senyap pada waktu perhimpunan, pengawas dikira gagal melaksanakan tugas.
        4.11.4. Mesti memperbaiki keterampilan dan bertanggungjawab
Tindakan: Semua Pengawas

AGENDA 5: HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

AGENDA 6: PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang dengan ucapan terima kasih daripada
      pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan datang akan ditetapkan
      dan dimaklumkan kemudian.

Laporan Mesyuarat Agong ini disediakan oleh Setiausaha Kehormat.